cadangan daripada farid a.k.a papa

UNTUK PARTY BBQ AND REUNION PADA BULAN 12 INI...FARID CADANGKAN KITA BERMALAM DISITU..SO SAPER SETUJU?BUAT MASA INI YANG NAK JOIN ADALAH KOGILA,JASMIN,IKA,FARID,EMMA..YANG LAIN BELUM BAGI MAKLUMAT LAGI..KITA PERLUKAN 30 ORANG UNTUK MAJLIS INI..MERIAH CKIT...SO SAPER YANG RASE X LEH TIDO DALAM HUTAN,APER KATA KORG TIDO KAT RESORT YAG DISEDIAKAN DISITU YERK...TAPI BAYAR SENDIRI TAW...WAKAKAAKA~...OK LAH...APER2 HAL KOMEN SAJA KAT BLOG INI.JANGAN LUPA BAGI NAMA AND JAWATAN UNTUK PENGESAHAN...

PERHATIAN!!!MEMO UNTUK SEMUA..SEBARKAN MAKLUMAT INI...


SESIAPA YANG NAK JADI AJK TOLONG EMILKAN NAMA,NO PHONE AND JAWATAN APER YG KORNG BERMINAT..KERJASAMA KORNG AMAT DIPERLUKAN UNTUK MELANCARKAN LAGI MAJLIS INI..TQ


SENARAI JAWATAN:


KETUA PROGRAM

(Merancang, melaksanakan dan memastikan semua program berjalan dengan lancar dan teratur)

P. KETUA PROGRAM


(Menolong ketua program dalam melaksanaka semua program)

BENDAHARI


(Apalagi..kutip duit lah…..memastikan semua peserta membayar yuran sebelum majlis tersebut…sekurang2nyer 2 hari sebelum majlis..)


P.BENDAHARI

(Tolong bendahari kutip yuran dan menolong ajk makanan untuk menyediakan jenis makanan untuk majlis tersebut)


AJK PENGANGKUTAN( 2 ORANG)

(Mencarindan menyediakan pengangkutan untuk ke tempat yang dituju..motor x main ok….)


AJK MAKANAN ( 3 ORANG)

(Memastikan jenis makanan dan menyediakan makana untuk majlis tersebut)


AJK PERALATAN ( 2 ORANG)

( Memastikan semua peralatan lengkap dan menyediakan peralatan untuk majlis ini)


AJK TEMPAT DAN KEBERSIHAN

(Memastikan tempat majlis sedia ada dan bersih sebelum dan selepas majlis..kebersihan tanggungjawab bersama..cintailah alam kita…)


AJK AKTIVITI DAN ATUR CARA MAJLIS

(Merancang segala aktiviti dan atur cara majlis)


AJK FOTOGRAFI

(Bertanggunjawab untuk mengambil gambar setiap detik2 yang berlaku..penting untuk memories..kalo boleh video pun x aper..)


AJK SUMBER MAKLUMAT

(Memastikan semua maklumat peserta disenaraikan dan memyebarkan maklumat semasa kepada semua peserta mengenai program ini…)


SEKIAN UNTUK MAKLUMAT KORNG SEMUA..HARAP MAKLUM……JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAILKAN KEPADA SMKYP BLOG ATAU KOMEN ARTIKEL INI..TQ


p/s insyallah..jika tidak ader aral melintang kita berjalan g Melaka….

kemana hilangnyer Kogila





















maaf yer..mungkin dah lama saya tak update blog ini..biasalah...sibuk dengan tugas-tugas seharian...dan juga kekurangan cerita untuk dikongsi bersama....kepada members2 smkypblog yang ade cerita nak story..hantarkan email pada smkypblog yer...

untuk semua warga smkyp yang mungkin kenal dengan kogila dari kelas 5A4..mungkin korg tertunggu2 dimana hilangnyer kogila selepas tamat tingkatan 5.

untuk pengetahuan kwn2 semua..selepas tamat ting 5 kogila berkeja sebagai pembatu guru tabika sebelum memasuki tingkatan 6 di simpang rengam..habis tamat tingk 6..dia mendapat tawaran belajar di UUM di kedah..dalam jurusan B.EduCaTioN(IT)hons...wah!!!hebat tu..bakal jadi guru kwn kita yg sorg ni...kogila baru je tahun pertama belajar disitu....
untuk kawan2 yang ingin menjejaki kogila..
bolehla add kogila di friendsternyer iaitu..http://profiles.friendster.com/39576186
atau boleh hubungi ditalian 0167965643...

KARYA terbaru Emma da Part Time Job Emma or Achik





pengumuman untuk kawan-kawan yang mengenali emma..emma ader meyediakan khidmat art/paint untuk sesiapa sahaj yg berminat untuk mendapat perkhidmatan dari emma..sekarang emma telah menjual hasil lukisannyer di area KL dan JB..semuanyer murah jer..RM50++..berminat??

hubungi emma ditalian 0139951949 atau kunjungi blog emma..

http://achikgaleri.blogspot.com...dan juga achliklife.blogspot.com....kunjungi blogini untuk melihat pelbagi jens lukisan hasil dari emma and her partner...

hangat!!!Tempe or shaiful Nizam Nak Khwn 19 april 2009




kepada semua kawan2..anda dijemput hadir ke perkahwinan nizam or tempe pelajar 5a5 pada 19hb april ni di rumah dia tau..kat taman seri wangi yong peng johor...bini dia org muakil...jom ramai2 serbu rumah dia...wakakakaka....anda dijemput hadir untuk memeriahkan majlis yg gemilang ini....


usik2:semua dah kahwin..aku je yang tak kahwin2 lagi...wakakaakaka

Edit Photo Dari Marlia









tQ marlia coz susah-susah je editkan foto untuk green members dan menyempitkan smkypblog ini..hahahahahah..keretif gak budak marlia ni..biasalah ambik cos it kan, lagi pun buat apa sia-siakan bakat yang ada, so tonjolkan lah.."ini lah hasil kerja aku yang tak ada keje...aku xtau la nk ckp psl pe....saje nak tambah-tambah bahan kat blog ini....". Ok kepada sesiapa yang ingin memerlukan perkhidmatan marlia untuk edit gambar anda bolehlah hubungi marlia..bayaran pada setiap gambar boleh dibincangkan..ini adalah gambar-gambar yang telah di edit hasil kerja,tangan dan idea marlia atau lia..see ye..







fizikal bukan penghalang untuk berjaya






kejayaan seseorang tidak bergantung pada fizikal dirinya untuk berjaya atau mencipta kejayaan tetapi semangat yang ada pada setiap individu itu sendiri lah yang menentukan kejayaan mereka. Bagi Syafiqah Bte Abdul Jalal atau dikenali sebagai ika beliau merupakan pelajar yang istimewa di kalangan pelajar SMKYP. Ika tidak pernah menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai penghalang untuk mencapai cita-cita menjadi seorang yang berjaya sama seperti rakan-rakan sekolah yang lain. Jom ikuti temubual smkypblog(s) bersama ika(i).

s : Apakah yang ika lakukan selepas tamat spm?

i : Selepas tamat pendidikan sekolah menengah iaitu SPM ika mendapat panggilan ke Program

Latihan Khidmat Negara(PLKN), tetapi sayang ika tidak dapat menyertainya.

s : Kenapa ika tidak dapat menyertainya?

i : ika tidak dapat menyertainya kerana mak ika tidak izinkan sebab masalah kesihatan. Sedih

jugak yelah kawan-kawan semunya dapat pergi, mesti seronok buat macam-macam aktiviti

bila kat sana.

s : Selepas itu apa yang ika lakukan?

i : ika dapat melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di SMK Dato Seth Yong Peng tapi tidak pergi

kerana tidak berminat..Kemudia ika mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Politeknik

Muadzam Shah di Pahang. Tapi sayangnya ika tidak dapat pergi kerana jauh, yelah dengan

masalah kesihatan ika.

s: Ika tak rasa ke dengan masalah fizikal dan kesihatan ia boleh menjadi penghalang bagi ika

untuk ke menara gading sama seperti rakan-rakan ika yang lain?

i : Ika tidak menafikan menghadapi pelbagai masalah selama ini. Namun, ia tidak halang ika

untuk melanjutkan pelajaran. Selepas itu ika dapat tawaran belajar kat Kolej Yayasan

Pelajaran Johor di Segamat Alhamdulillah mungkin rezeki ika disana tapi sayang ika dapat

melanjutkan pelajaran selama 3 bulan sahaja di sana.

s : Kenapa selama 3 bulan?

i : Ika ambil program BI selama 3 bulan, macam-macam aktiviti yang ika lakukan. Tapi paling best time Kem BI kat Kem Sekakap YPJ di Mersing. Kawan-kawan disana pun baik-baik dan sporting.

s : Selepas 3 bulan di YPJ apa yang ika lakukan?

i : Selepas habis study kat YPJ ika menganggur sekejap. Tapi ika dapat panggilan SPA( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ) sebagai pembantu tadbir di Shah Alam, tapi ika tidak pergi sedih sangat, sebab jauh. Family ika risau.

s : Kemudian apa yang ika lakukan?

i : Tuhan itu Maha Adil, akhirnya ada jugak rezeki ika sambung study di KOLEJ POLY TECH MARA BATU PAHAT. Ika ambil jurusan diploma information and technology.

s : Mesti seronok kan?

i : Masa ika kt sini ok lah.. kawan-kawan semuanya baik.. masa ika mula-mula masuk sini ika

malu-malu jugak lah.. dengan budak-budak senior pun ika tidak tegur.. malu kata kan.
tapi tu semua ok lah...

s : Apa aktivti yang ika atau sumbangan yang ika berikan disana? Boleh ceritakan tak

pengalaman ika disana?

i : Ika kat sini biasa je, tak lah aktif sangat.. hingga lah satu hari tu ada akak senior ajak kita orang masuk KELAB KEBUDAYAAN kolej kita orang ni.. so kita orang masuk lah.. just saja-saje, sebab setiap pelajar wajib masuk salah satu kelab, tu yang kita orang masuk je...
tapi masuk kelab ni..best, mula-mula kita orang malu-malu lah jugak dengan abang-abang dan kakak-kakak senior ni.. tapi lama-lama ok lah. dalam kelab ni, aktif taw, kita orang ada buat majlis berbuka puasa... semua nya happening... baru-baru ini kelab kita orang ada tengok teater puteri gunung ledang, best sangat.. dapat gambar dengan tiara, adlin, ac.. semua lah.. teater 2 pun best.. tak boleh lupakan lah..best sangat kelab kita orang pun aktif sampai baru2 ni, kita orang buat hari kbudayaan.. kita masuk zapin..kelakar sangat.. nak tahu malam seblum event 2 baru kita orang latih zapin tau.. pukll 3 pagi baru habis latih, tapi yang kelakar nya baju kita orang masing2 ada besar lah, kain nya labuh lah.. kelakar sangat.. tapi semua 2 ok lah.. sampai lah hari event 2 kita orang takut sangat nak perform tau, ye lah first time naik pentas.. tapi alhamdulilah semuanya ok .. event 2 memang happening...lepas ini mesti kita orang sedih, coz kakak dan abang-abang senior kelab kita orang dah habis sem..sedih nye, mesti rindu dengan diaorang.. tapi tak apa yang penting perjuangan harus diteruskan..

s : Betul tu ika, yang penting perjuangan harus di teruskan. Apa pesanan ika pada rakan-rakan yang senasib dengan ika.

i : Kepada pembaca smkypblog sekalian ingatnya bahawa kejayaan itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai semangat yang tidak berputus asa. Orang seperti saya juga tidak boleh bersikap terlalu rendah diri kerana ia akan menjejaskan perjuangan untuk mencapai kejayaan. Ia tidak menjadi penghalang untuk saya melanjutkan pelajaran walaupun sering dipandang rendah oleh orang ramai.

terima kasih buat ika sebab sudi luangkan sedikit masa bersama smkypblog berkongsi pengalaman dan kisah hidup ika. Kami warga smkypblog ucapkan semoga ika berjaya dalam hidup dan cita-cita..amin...


usik2 : jangan lupa dapatkan majalah remaja keluaran april sebab ada berita tentang ika dan kawan-kawan kptm ketika hari kebudayaan di kptm batu pahat. jangan ketinggalannya membacanya..