selamat hari raya semua

sebenarnya aku x plan pun nak raya time ni(raya ke4) sebab masing2 msj aku ckp ada hal..ttba aku dapat call dari ain cakap nak datag umah aku,so aku dengan malas nyer bangun lah kan..and then dia datang umah aku,pas tu aku dia ng boy dia g umah aida..perkena roti jala..kemudian kami g umah ika..kat umah ika tu aku tngk ct dan farida dah ada..so secara kebetulan berkumpul lah kat umah ika..hahahaaha..apa2 pun tahun ni tahun paling tak best sebab x dapat beraya n berkumpul semua..tak tahu lah sebab apa..mungkin sebab masing2 dah kerja dan cuti pun pendek kan..hope tahun depan x macam ni lagi..




ni jer lah yang terkumpul pada raya ke4 tu..nasib baik boy ain ada tlng snap kan pic kami
aida and ain tetap ayu berbaju kurung...

ika manis..aku serabut aku tak sempat nak make up..ain lah terjah rumah aku


wa....panas..semoga kekal abadi yer..amin..
aku dan ain...(aku terpaksa control ayu..padahal aku ngtuk time ni..hahahaha)

majlis berbuka puasa kali ke2

dah lama dah aku x update blog ini..maaf yer kawan..aku terlupa sekejap dengan tugas aku ini..ok semua org mesti tunggu2 kan gambar time berbuka puasa tu.walaupun x ramai yang g tapi ok lah dapat gak jumpa kawan2 lama.setahun skali dapat berkumpul kan..apa2 pun thnks lah kat sapa2 yang datang majlis berbuka tersebut..makan pada majlis tu hanyalah berbekalkan nasi lemak ayam,otak2 dan kuih popia berserta air laicikang..tu pun x hbs.x ada sapa nak bawak balik..masing2 malu..apa lah..korg kan dah bayar..kira berbaloi lah gak kan..bayar rm5 person but makan mcm2...hahahaha...smpkan air aku terpaksa tambah..maybe sedap kot air yang abg aku jual tu...hahahaha....
time ni semua dah kenyang dah...yg x ada cuma ain and megat..dah balik dulu dah...
liza,marlia n bad...bad sedap yer otak2 tu...pipi bad makin naik lah..

ni jer yang berjaya dikumpulkan dan dijejaki....
awek2 ex-students smkyp....cun2 dah..dulu masing2 berhingus...lalalala
mesra giler mama n papa..bila nak mkn nasi minyak korang ni??hahahaha
ain(tetap kecik mcm dulu),wani (makin ayu) and marlia (maintan tinggi..x ada sapa leh lawan dia)megat(makin gemuk..terkejut aku bila jumpa dia..puasa ker x puas dia ni),zira(makin berisi gak)
makan-makan time..masing2 dah lapo....
pilih lah megat...mana yg ko berkenan tok jadikan bini....


ct tetap ayu cam dulu...aku lak tetap kecik x naik pun berat badan ni...hahaha

ika makin lama makin bergaya...kelas gitu...:)

aida and mama pun sama gak..tetap ayu lah..makin cun..biasa lah dah besar n matang..so masing2 dah pandai bergaya dan make up2 ni..dah maju lah kata kan..
ni jer lah yang dapat aku tulis...so tunggu function yang akan datang..bulan 12 ini..harap2 semua x ada masalah...if x dapat bermalam kita g oneday jer..g waterfall yang dekat2 jer..okeys..

majlis berbuka puasa kali ke2

PERHATIAN:
majis berbuka puasa untuk kali ke2 akan di adakan :-

TEMPAT : RESTORAN DHOT CHIKEN ( milik ema berdekatan dengan farmasi murni dan berhadapan dengan bengkel kereta)
MASA:6.30 PETANG-8.30 MALAM
HARI: JUMAAT
TARIKH: 18HB SEPTEMBER 2009
BAYARAN: RM5 SEORANG
MENU: AIR LAICIKONG,NASI LEMAK AYAM,BUAH-BUAHAN DAN KUIH MUIH
AGENDA: -
1)BERKUMPUL DI RESTORAN DHOT WORLD
2)MAJLIS BERBUKA PUASA
3)PERBINCANGAN UNTUK 2ND REUNION DI TANJUNG BALAU PADA 19-20 DIS 2009
4)SESI FOTOGRAFI BERAMAI
5)BERSURAI

sebarang pertanyaan sila hubungi emma di talian 013-995 1949
bayaran akan dibuat sebelum majlis berbuka puasa..
sila sebarkan memo ini kepada rakan2 anda
diharap kerjasama dan kehadiran anda dapat mngeratkan lagi ikatan persahabatan antara kita...amin...
SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM 1 MALAYSIA :p

dayah junior 42hari..











kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang menemui dayah dan baby dia jng putus asa k..di sini smkypblog telah mendapatkan gambar dayah junior semasa 42hari. untuk pengetahuan semua, dayah sihat walafiat sahaja dan babynya pun sihat2 sahaja. cuma baby nya pernah di tahan dia hospital kerana sakit kuning, biasa lah tu beb..baby..maaf yer gambar dayah tidak dapat disiarkan kerana sbb2 yang tertentu dan menghormati permintaan dayah, smkypblog tidak menyiarkan gmbar dayah, tetapi smkypblog menyiarkan gambar dayah junior ni...




SILA BAGI NAMA DAN NO TELEFON UNTUK MENYERTAI 2ND REUNION
PADA 19hb - 20hb Dis 2009

senarai nama yang sudah disahkan :-

1)EMMA - 0139951949
2)SYAFIQAH - 0137028503
3)NURUL AIN -0127488515
4)KOGILA - 0167965643
5)SHAHRUL(MEGAT)-0177805080
6)FARID-0127136409
8)ADZRY- 0127417632
9)JASMIN-0177588554

sila hantar nama dan no telefon di ruangan komen di belah kiri blog atau send nama dan no tel kepada emma di no 0139951949.tq
kemaskini maklumat akan dilakukan dari semasa ke semasa...

PERTUKARAN MAKLUMAT MENGENAI REUNION

HARAP MAKLUM!!!!

TEMPAT : TANJUNG BALAU KOTA TINGGI
TARIKH : 19hb - 20hb DISEMBER 2009
BAYARAN : ( dalam perbincangan )

sesiapa yang ingin menyertai REUNION KALI KE-2 INI SILA BAGI NAMA PADA RUANGAN KOMEN DI SEBELAH KIRI BLOG. TQ

Ahmad Wafi Lutfir Rahman pengikat kasih Dayah dan Zulfazly

Taniah diucapkan pada mama baru kita ni iaitu NURUL HIDAYAH BTE SHAMSUDIN dan suaminye kerana baru menimang cahaya mata pertamanyer iaitu AHMAD WAFI LUTFIR RAHMAN pada 31-07-2009 jam 2.18 petang di HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU.
baby wafi selamat dilahirkan dengan beratnyer 3.08kg..wah!!!semangatnyer...dengan ukuran panjang 50cm...maaf yer..pic baby tidak dapat di tayangkan buat sementara waktu kerana masalah yang tidak dapat dielakkan..diharap semua bersabar yer untuk melihat baby dayah tu..insyallah..SMKYPBLOG akan berusaha mendapatkan pic baby itu secepat mungkin...kita doakan semoga dayah dapat mendidik anaknyer menjadi insan yang soleh dan berguna..dan kami werga SMKYPBLOG mendoakan semoga dayah dapat menjadi mama yang terbaik...ok..jumpa lagi untuk artikel akan datang

SILA BAGI NAMA,JAWATAN,GAMBAR

ATTN :
KEPADA SEMUA KAWAN2 YANG NAK JOIN BBQ NI PADA BULAN 12 SILA BAGI NAMA,JAWATAN( JIKA MAHU) DAN GAMBAR UNTUK MEMBUAT POSTER SEPERTI DIBAWAH..
contoh :






INI ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN ANDA SEMUA MENGETAHUI SIAPAKAH YANG AKAN MENYERTAI KITA PADA BBQ PARTY AND 2ND REUNION KALI INI..HARAP MAKLUM..KERJASAMA DARI ANDA AMAT DI HARGAI...

FRIENDSHIP,ATTITUDE,LOVE


GRAPHIC DESIGN FROM EMMA OR ACHIK..:P...
Green x-Students Groups....

cadangan daripada farid a.k.a papa

UNTUK PARTY BBQ AND REUNION PADA BULAN 12 INI...FARID CADANGKAN KITA BERMALAM DISITU..SO SAPER SETUJU?BUAT MASA INI YANG NAK JOIN ADALAH KOGILA,JASMIN,IKA,FARID,EMMA..YANG LAIN BELUM BAGI MAKLUMAT LAGI..KITA PERLUKAN 30 ORANG UNTUK MAJLIS INI..MERIAH CKIT...SO SAPER YANG RASE X LEH TIDO DALAM HUTAN,APER KATA KORG TIDO KAT RESORT YAG DISEDIAKAN DISITU YERK...TAPI BAYAR SENDIRI TAW...WAKAKAAKA~...OK LAH...APER2 HAL KOMEN SAJA KAT BLOG INI.JANGAN LUPA BAGI NAMA AND JAWATAN UNTUK PENGESAHAN...

PERHATIAN!!!MEMO UNTUK SEMUA..SEBARKAN MAKLUMAT INI...


SESIAPA YANG NAK JADI AJK TOLONG EMILKAN NAMA,NO PHONE AND JAWATAN APER YG KORNG BERMINAT..KERJASAMA KORNG AMAT DIPERLUKAN UNTUK MELANCARKAN LAGI MAJLIS INI..TQ


SENARAI JAWATAN:


KETUA PROGRAM

(Merancang, melaksanakan dan memastikan semua program berjalan dengan lancar dan teratur)

P. KETUA PROGRAM


(Menolong ketua program dalam melaksanaka semua program)

BENDAHARI


(Apalagi..kutip duit lah…..memastikan semua peserta membayar yuran sebelum majlis tersebut…sekurang2nyer 2 hari sebelum majlis..)


P.BENDAHARI

(Tolong bendahari kutip yuran dan menolong ajk makanan untuk menyediakan jenis makanan untuk majlis tersebut)


AJK PENGANGKUTAN( 2 ORANG)

(Mencarindan menyediakan pengangkutan untuk ke tempat yang dituju..motor x main ok….)


AJK MAKANAN ( 3 ORANG)

(Memastikan jenis makanan dan menyediakan makana untuk majlis tersebut)


AJK PERALATAN ( 2 ORANG)

( Memastikan semua peralatan lengkap dan menyediakan peralatan untuk majlis ini)


AJK TEMPAT DAN KEBERSIHAN

(Memastikan tempat majlis sedia ada dan bersih sebelum dan selepas majlis..kebersihan tanggungjawab bersama..cintailah alam kita…)


AJK AKTIVITI DAN ATUR CARA MAJLIS

(Merancang segala aktiviti dan atur cara majlis)


AJK FOTOGRAFI

(Bertanggunjawab untuk mengambil gambar setiap detik2 yang berlaku..penting untuk memories..kalo boleh video pun x aper..)


AJK SUMBER MAKLUMAT

(Memastikan semua maklumat peserta disenaraikan dan memyebarkan maklumat semasa kepada semua peserta mengenai program ini…)


SEKIAN UNTUK MAKLUMAT KORNG SEMUA..HARAP MAKLUM……JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAILKAN KEPADA SMKYP BLOG ATAU KOMEN ARTIKEL INI..TQ


p/s insyallah..jika tidak ader aral melintang kita berjalan g Melaka….

kemana hilangnyer Kogila





















maaf yer..mungkin dah lama saya tak update blog ini..biasalah...sibuk dengan tugas-tugas seharian...dan juga kekurangan cerita untuk dikongsi bersama....kepada members2 smkypblog yang ade cerita nak story..hantarkan email pada smkypblog yer...

untuk semua warga smkyp yang mungkin kenal dengan kogila dari kelas 5A4..mungkin korg tertunggu2 dimana hilangnyer kogila selepas tamat tingkatan 5.

untuk pengetahuan kwn2 semua..selepas tamat ting 5 kogila berkeja sebagai pembatu guru tabika sebelum memasuki tingkatan 6 di simpang rengam..habis tamat tingk 6..dia mendapat tawaran belajar di UUM di kedah..dalam jurusan B.EduCaTioN(IT)hons...wah!!!hebat tu..bakal jadi guru kwn kita yg sorg ni...kogila baru je tahun pertama belajar disitu....
untuk kawan2 yang ingin menjejaki kogila..
bolehla add kogila di friendsternyer iaitu..http://profiles.friendster.com/39576186
atau boleh hubungi ditalian 0167965643...

KARYA terbaru Emma da Part Time Job Emma or Achik





pengumuman untuk kawan-kawan yang mengenali emma..emma ader meyediakan khidmat art/paint untuk sesiapa sahaj yg berminat untuk mendapat perkhidmatan dari emma..sekarang emma telah menjual hasil lukisannyer di area KL dan JB..semuanyer murah jer..RM50++..berminat??

hubungi emma ditalian 0139951949 atau kunjungi blog emma..

http://achikgaleri.blogspot.com...dan juga achliklife.blogspot.com....kunjungi blogini untuk melihat pelbagi jens lukisan hasil dari emma and her partner...

hangat!!!Tempe or shaiful Nizam Nak Khwn 19 april 2009




kepada semua kawan2..anda dijemput hadir ke perkahwinan nizam or tempe pelajar 5a5 pada 19hb april ni di rumah dia tau..kat taman seri wangi yong peng johor...bini dia org muakil...jom ramai2 serbu rumah dia...wakakakaka....anda dijemput hadir untuk memeriahkan majlis yg gemilang ini....


usik2:semua dah kahwin..aku je yang tak kahwin2 lagi...wakakaakaka

Edit Photo Dari Marlia









tQ marlia coz susah-susah je editkan foto untuk green members dan menyempitkan smkypblog ini..hahahahahah..keretif gak budak marlia ni..biasalah ambik cos it kan, lagi pun buat apa sia-siakan bakat yang ada, so tonjolkan lah.."ini lah hasil kerja aku yang tak ada keje...aku xtau la nk ckp psl pe....saje nak tambah-tambah bahan kat blog ini....". Ok kepada sesiapa yang ingin memerlukan perkhidmatan marlia untuk edit gambar anda bolehlah hubungi marlia..bayaran pada setiap gambar boleh dibincangkan..ini adalah gambar-gambar yang telah di edit hasil kerja,tangan dan idea marlia atau lia..see ye..







fizikal bukan penghalang untuk berjaya






kejayaan seseorang tidak bergantung pada fizikal dirinya untuk berjaya atau mencipta kejayaan tetapi semangat yang ada pada setiap individu itu sendiri lah yang menentukan kejayaan mereka. Bagi Syafiqah Bte Abdul Jalal atau dikenali sebagai ika beliau merupakan pelajar yang istimewa di kalangan pelajar SMKYP. Ika tidak pernah menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai penghalang untuk mencapai cita-cita menjadi seorang yang berjaya sama seperti rakan-rakan sekolah yang lain. Jom ikuti temubual smkypblog(s) bersama ika(i).

s : Apakah yang ika lakukan selepas tamat spm?

i : Selepas tamat pendidikan sekolah menengah iaitu SPM ika mendapat panggilan ke Program

Latihan Khidmat Negara(PLKN), tetapi sayang ika tidak dapat menyertainya.

s : Kenapa ika tidak dapat menyertainya?

i : ika tidak dapat menyertainya kerana mak ika tidak izinkan sebab masalah kesihatan. Sedih

jugak yelah kawan-kawan semunya dapat pergi, mesti seronok buat macam-macam aktiviti

bila kat sana.

s : Selepas itu apa yang ika lakukan?

i : ika dapat melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di SMK Dato Seth Yong Peng tapi tidak pergi

kerana tidak berminat..Kemudia ika mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Politeknik

Muadzam Shah di Pahang. Tapi sayangnya ika tidak dapat pergi kerana jauh, yelah dengan

masalah kesihatan ika.

s: Ika tak rasa ke dengan masalah fizikal dan kesihatan ia boleh menjadi penghalang bagi ika

untuk ke menara gading sama seperti rakan-rakan ika yang lain?

i : Ika tidak menafikan menghadapi pelbagai masalah selama ini. Namun, ia tidak halang ika

untuk melanjutkan pelajaran. Selepas itu ika dapat tawaran belajar kat Kolej Yayasan

Pelajaran Johor di Segamat Alhamdulillah mungkin rezeki ika disana tapi sayang ika dapat

melanjutkan pelajaran selama 3 bulan sahaja di sana.

s : Kenapa selama 3 bulan?

i : Ika ambil program BI selama 3 bulan, macam-macam aktiviti yang ika lakukan. Tapi paling best time Kem BI kat Kem Sekakap YPJ di Mersing. Kawan-kawan disana pun baik-baik dan sporting.

s : Selepas 3 bulan di YPJ apa yang ika lakukan?

i : Selepas habis study kat YPJ ika menganggur sekejap. Tapi ika dapat panggilan SPA( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ) sebagai pembantu tadbir di Shah Alam, tapi ika tidak pergi sedih sangat, sebab jauh. Family ika risau.

s : Kemudian apa yang ika lakukan?

i : Tuhan itu Maha Adil, akhirnya ada jugak rezeki ika sambung study di KOLEJ POLY TECH MARA BATU PAHAT. Ika ambil jurusan diploma information and technology.

s : Mesti seronok kan?

i : Masa ika kt sini ok lah.. kawan-kawan semuanya baik.. masa ika mula-mula masuk sini ika

malu-malu jugak lah.. dengan budak-budak senior pun ika tidak tegur.. malu kata kan.
tapi tu semua ok lah...

s : Apa aktivti yang ika atau sumbangan yang ika berikan disana? Boleh ceritakan tak

pengalaman ika disana?

i : Ika kat sini biasa je, tak lah aktif sangat.. hingga lah satu hari tu ada akak senior ajak kita orang masuk KELAB KEBUDAYAAN kolej kita orang ni.. so kita orang masuk lah.. just saja-saje, sebab setiap pelajar wajib masuk salah satu kelab, tu yang kita orang masuk je...
tapi masuk kelab ni..best, mula-mula kita orang malu-malu lah jugak dengan abang-abang dan kakak-kakak senior ni.. tapi lama-lama ok lah. dalam kelab ni, aktif taw, kita orang ada buat majlis berbuka puasa... semua nya happening... baru-baru ini kelab kita orang ada tengok teater puteri gunung ledang, best sangat.. dapat gambar dengan tiara, adlin, ac.. semua lah.. teater 2 pun best.. tak boleh lupakan lah..best sangat kelab kita orang pun aktif sampai baru2 ni, kita orang buat hari kbudayaan.. kita masuk zapin..kelakar sangat.. nak tahu malam seblum event 2 baru kita orang latih zapin tau.. pukll 3 pagi baru habis latih, tapi yang kelakar nya baju kita orang masing2 ada besar lah, kain nya labuh lah.. kelakar sangat.. tapi semua 2 ok lah.. sampai lah hari event 2 kita orang takut sangat nak perform tau, ye lah first time naik pentas.. tapi alhamdulilah semuanya ok .. event 2 memang happening...lepas ini mesti kita orang sedih, coz kakak dan abang-abang senior kelab kita orang dah habis sem..sedih nye, mesti rindu dengan diaorang.. tapi tak apa yang penting perjuangan harus diteruskan..

s : Betul tu ika, yang penting perjuangan harus di teruskan. Apa pesanan ika pada rakan-rakan yang senasib dengan ika.

i : Kepada pembaca smkypblog sekalian ingatnya bahawa kejayaan itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai semangat yang tidak berputus asa. Orang seperti saya juga tidak boleh bersikap terlalu rendah diri kerana ia akan menjejaskan perjuangan untuk mencapai kejayaan. Ia tidak menjadi penghalang untuk saya melanjutkan pelajaran walaupun sering dipandang rendah oleh orang ramai.

terima kasih buat ika sebab sudi luangkan sedikit masa bersama smkypblog berkongsi pengalaman dan kisah hidup ika. Kami warga smkypblog ucapkan semoga ika berjaya dalam hidup dan cita-cita..amin...


usik2 : jangan lupa dapatkan majalah remaja keluaran april sebab ada berita tentang ika dan kawan-kawan kptm ketika hari kebudayaan di kptm batu pahat. jangan ketinggalannya membacanya..

emma kongsi tips penjagaan laptop


Tips penjagaan fizikal:


Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dinding ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptop


Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih

Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard

Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau


Tips keselamatan laptop anda:


Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda.Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta


Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya.( Jangan gunakan laptop anda diatas TILAM ) ..... Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius

Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, elimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah laptop

Jangan jadikan laptop anda sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop

Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air

Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua

Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda

Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang baru

Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.



MEGAT MEMPERKENALKAN GAZAL KE MATA DUNIA

siapa yang x kenal dengan jejaka tampan ni..jejaka tampan( tampan ke??? korag pikir lah sendiri) ini ialah mohd shahrul idzwan atau lebih dikenali sebagai megat,mawi atau iwan. beliau memang aktif dengan muzik tradisional johor iaitu Ghazal. untuk pengetahuan korang semua megat sekarang merupakan pegawai DPD iaitu unit pengembangan seni yayasan warisan johor. tugas beliau adalah meninjau tenaga-tenaga pengajar yang mengajar disekolah-sekolah sekitar johor.Wah!!! kira macam jadi peninjau lah ni ye kawan kita yang seorang ni..untuk pengetahuan korang semua dia penah pergi ke dubai india untuk mempromasikan muzik tradisional ini di negara itu, kira kan nak memperkenalkan ghazal sekali gus memperkenalkan malaysia lah tu.sambil menyelam minum air..tapi kogila cakap selepas menyelam minum air..hehehehe..megat juga pernah pergi ke taiwan china untuk memperkenalkan dan mengajar warganegara china mengenai muzik ghazal ini..dapat ke tak awek taiwan atau dubai aku x pasti lah..x sempat nak soal selidik..tapi dia dah pandai kecek kelante..kalah kita marlia...huhuhu.mungkin awek dia orang sane kot..x pe nanti kita soal selidik k..menurut megat pula dia akan ke Abu Dhabi bulan 4 ni..kat mana tu aku x pasti lah..tapi dia cakap dia akan tangkap gambar time kat sana untuk tatapan kita semua..maaf ek megat cakap gambar dia kat dhubai and taiwan tak dapat dirakamkan kerana masalah teknikal iaitu phone dia rosak..sekarang ni dia dah banyak pakai phone dah..so pas ni dapat lah kita tengok dia wat show kat Abu Dhabi tu..untuk makluman korg semua sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan megat dan kumpulan dia untuk majlis perkahwinan korang bolehlah hubungi beliau k..

usik2: bila perkahwinan megat nanti, dia akan main ghazal untuk majlis dia sendiri...D=

akhirnya DAYAH@WEDOKS kahwin gak..







kepada kawan2 yg x dapat tngk majlis perkahwinan kawan kita yg sorg ni pada 2/6/08 termasuk aku atas sbb yg tertentu..aku akan bagi korg tngk pic majlis perkhawinan dia tok tatapan korg...aku nak ucapan selamat pengantin baru kat dayah...katanya dia dah 5bln dah skg ni..dapat anak saudara baru lah kita jawapnya.....hihihihi....x sabar nk timang anak dia..hihihihi.....

usik2 : agak2 macam mana rupa dayah kan bila dia prgnt ckp 9 blan?hm.......