emma kongsi tips penjagaan laptop


Tips penjagaan fizikal:


Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dinding ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptop


Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih

Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard

Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau


Tips keselamatan laptop anda:


Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda.Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta


Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya.( Jangan gunakan laptop anda diatas TILAM ) ..... Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius

Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, elimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah laptop

Jangan jadikan laptop anda sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop

Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air

Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua

Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda

Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang baru

Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.



0 comments: