hangat!!!Tempe or shaiful Nizam Nak Khwn 19 april 2009




kepada semua kawan2..anda dijemput hadir ke perkahwinan nizam or tempe pelajar 5a5 pada 19hb april ni di rumah dia tau..kat taman seri wangi yong peng johor...bini dia org muakil...jom ramai2 serbu rumah dia...wakakakaka....anda dijemput hadir untuk memeriahkan majlis yg gemilang ini....


usik2:semua dah kahwin..aku je yang tak kahwin2 lagi...wakakaakaka

Edit Photo Dari Marlia









tQ marlia coz susah-susah je editkan foto untuk green members dan menyempitkan smkypblog ini..hahahahahah..keretif gak budak marlia ni..biasalah ambik cos it kan, lagi pun buat apa sia-siakan bakat yang ada, so tonjolkan lah.."ini lah hasil kerja aku yang tak ada keje...aku xtau la nk ckp psl pe....saje nak tambah-tambah bahan kat blog ini....". Ok kepada sesiapa yang ingin memerlukan perkhidmatan marlia untuk edit gambar anda bolehlah hubungi marlia..bayaran pada setiap gambar boleh dibincangkan..ini adalah gambar-gambar yang telah di edit hasil kerja,tangan dan idea marlia atau lia..see ye..







fizikal bukan penghalang untuk berjaya






kejayaan seseorang tidak bergantung pada fizikal dirinya untuk berjaya atau mencipta kejayaan tetapi semangat yang ada pada setiap individu itu sendiri lah yang menentukan kejayaan mereka. Bagi Syafiqah Bte Abdul Jalal atau dikenali sebagai ika beliau merupakan pelajar yang istimewa di kalangan pelajar SMKYP. Ika tidak pernah menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai penghalang untuk mencapai cita-cita menjadi seorang yang berjaya sama seperti rakan-rakan sekolah yang lain. Jom ikuti temubual smkypblog(s) bersama ika(i).

s : Apakah yang ika lakukan selepas tamat spm?

i : Selepas tamat pendidikan sekolah menengah iaitu SPM ika mendapat panggilan ke Program

Latihan Khidmat Negara(PLKN), tetapi sayang ika tidak dapat menyertainya.

s : Kenapa ika tidak dapat menyertainya?

i : ika tidak dapat menyertainya kerana mak ika tidak izinkan sebab masalah kesihatan. Sedih

jugak yelah kawan-kawan semunya dapat pergi, mesti seronok buat macam-macam aktiviti

bila kat sana.

s : Selepas itu apa yang ika lakukan?

i : ika dapat melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di SMK Dato Seth Yong Peng tapi tidak pergi

kerana tidak berminat..Kemudia ika mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Politeknik

Muadzam Shah di Pahang. Tapi sayangnya ika tidak dapat pergi kerana jauh, yelah dengan

masalah kesihatan ika.

s: Ika tak rasa ke dengan masalah fizikal dan kesihatan ia boleh menjadi penghalang bagi ika

untuk ke menara gading sama seperti rakan-rakan ika yang lain?

i : Ika tidak menafikan menghadapi pelbagai masalah selama ini. Namun, ia tidak halang ika

untuk melanjutkan pelajaran. Selepas itu ika dapat tawaran belajar kat Kolej Yayasan

Pelajaran Johor di Segamat Alhamdulillah mungkin rezeki ika disana tapi sayang ika dapat

melanjutkan pelajaran selama 3 bulan sahaja di sana.

s : Kenapa selama 3 bulan?

i : Ika ambil program BI selama 3 bulan, macam-macam aktiviti yang ika lakukan. Tapi paling best time Kem BI kat Kem Sekakap YPJ di Mersing. Kawan-kawan disana pun baik-baik dan sporting.

s : Selepas 3 bulan di YPJ apa yang ika lakukan?

i : Selepas habis study kat YPJ ika menganggur sekejap. Tapi ika dapat panggilan SPA( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ) sebagai pembantu tadbir di Shah Alam, tapi ika tidak pergi sedih sangat, sebab jauh. Family ika risau.

s : Kemudian apa yang ika lakukan?

i : Tuhan itu Maha Adil, akhirnya ada jugak rezeki ika sambung study di KOLEJ POLY TECH MARA BATU PAHAT. Ika ambil jurusan diploma information and technology.

s : Mesti seronok kan?

i : Masa ika kt sini ok lah.. kawan-kawan semuanya baik.. masa ika mula-mula masuk sini ika

malu-malu jugak lah.. dengan budak-budak senior pun ika tidak tegur.. malu kata kan.
tapi tu semua ok lah...

s : Apa aktivti yang ika atau sumbangan yang ika berikan disana? Boleh ceritakan tak

pengalaman ika disana?

i : Ika kat sini biasa je, tak lah aktif sangat.. hingga lah satu hari tu ada akak senior ajak kita orang masuk KELAB KEBUDAYAAN kolej kita orang ni.. so kita orang masuk lah.. just saja-saje, sebab setiap pelajar wajib masuk salah satu kelab, tu yang kita orang masuk je...
tapi masuk kelab ni..best, mula-mula kita orang malu-malu lah jugak dengan abang-abang dan kakak-kakak senior ni.. tapi lama-lama ok lah. dalam kelab ni, aktif taw, kita orang ada buat majlis berbuka puasa... semua nya happening... baru-baru ini kelab kita orang ada tengok teater puteri gunung ledang, best sangat.. dapat gambar dengan tiara, adlin, ac.. semua lah.. teater 2 pun best.. tak boleh lupakan lah..best sangat kelab kita orang pun aktif sampai baru2 ni, kita orang buat hari kbudayaan.. kita masuk zapin..kelakar sangat.. nak tahu malam seblum event 2 baru kita orang latih zapin tau.. pukll 3 pagi baru habis latih, tapi yang kelakar nya baju kita orang masing2 ada besar lah, kain nya labuh lah.. kelakar sangat.. tapi semua 2 ok lah.. sampai lah hari event 2 kita orang takut sangat nak perform tau, ye lah first time naik pentas.. tapi alhamdulilah semuanya ok .. event 2 memang happening...lepas ini mesti kita orang sedih, coz kakak dan abang-abang senior kelab kita orang dah habis sem..sedih nye, mesti rindu dengan diaorang.. tapi tak apa yang penting perjuangan harus diteruskan..

s : Betul tu ika, yang penting perjuangan harus di teruskan. Apa pesanan ika pada rakan-rakan yang senasib dengan ika.

i : Kepada pembaca smkypblog sekalian ingatnya bahawa kejayaan itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai semangat yang tidak berputus asa. Orang seperti saya juga tidak boleh bersikap terlalu rendah diri kerana ia akan menjejaskan perjuangan untuk mencapai kejayaan. Ia tidak menjadi penghalang untuk saya melanjutkan pelajaran walaupun sering dipandang rendah oleh orang ramai.

terima kasih buat ika sebab sudi luangkan sedikit masa bersama smkypblog berkongsi pengalaman dan kisah hidup ika. Kami warga smkypblog ucapkan semoga ika berjaya dalam hidup dan cita-cita..amin...


usik2 : jangan lupa dapatkan majalah remaja keluaran april sebab ada berita tentang ika dan kawan-kawan kptm ketika hari kebudayaan di kptm batu pahat. jangan ketinggalannya membacanya..

emma kongsi tips penjagaan laptop


Tips penjagaan fizikal:


Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dinding ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptop


Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih

Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard

Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau


Tips keselamatan laptop anda:


Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda.Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan - baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta


Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya.( Jangan gunakan laptop anda diatas TILAM ) ..... Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh - dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius

Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, elimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah laptop

Jangan jadikan laptop anda sebagai 'meja' - maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop

Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air

Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua

Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda

Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang baru

Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.



MEGAT MEMPERKENALKAN GAZAL KE MATA DUNIA

siapa yang x kenal dengan jejaka tampan ni..jejaka tampan( tampan ke??? korag pikir lah sendiri) ini ialah mohd shahrul idzwan atau lebih dikenali sebagai megat,mawi atau iwan. beliau memang aktif dengan muzik tradisional johor iaitu Ghazal. untuk pengetahuan korang semua megat sekarang merupakan pegawai DPD iaitu unit pengembangan seni yayasan warisan johor. tugas beliau adalah meninjau tenaga-tenaga pengajar yang mengajar disekolah-sekolah sekitar johor.Wah!!! kira macam jadi peninjau lah ni ye kawan kita yang seorang ni..untuk pengetahuan korang semua dia penah pergi ke dubai india untuk mempromasikan muzik tradisional ini di negara itu, kira kan nak memperkenalkan ghazal sekali gus memperkenalkan malaysia lah tu.sambil menyelam minum air..tapi kogila cakap selepas menyelam minum air..hehehehe..megat juga pernah pergi ke taiwan china untuk memperkenalkan dan mengajar warganegara china mengenai muzik ghazal ini..dapat ke tak awek taiwan atau dubai aku x pasti lah..x sempat nak soal selidik..tapi dia dah pandai kecek kelante..kalah kita marlia...huhuhu.mungkin awek dia orang sane kot..x pe nanti kita soal selidik k..menurut megat pula dia akan ke Abu Dhabi bulan 4 ni..kat mana tu aku x pasti lah..tapi dia cakap dia akan tangkap gambar time kat sana untuk tatapan kita semua..maaf ek megat cakap gambar dia kat dhubai and taiwan tak dapat dirakamkan kerana masalah teknikal iaitu phone dia rosak..sekarang ni dia dah banyak pakai phone dah..so pas ni dapat lah kita tengok dia wat show kat Abu Dhabi tu..untuk makluman korg semua sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan megat dan kumpulan dia untuk majlis perkahwinan korang bolehlah hubungi beliau k..

usik2: bila perkahwinan megat nanti, dia akan main ghazal untuk majlis dia sendiri...D=

akhirnya DAYAH@WEDOKS kahwin gak..







kepada kawan2 yg x dapat tngk majlis perkahwinan kawan kita yg sorg ni pada 2/6/08 termasuk aku atas sbb yg tertentu..aku akan bagi korg tngk pic majlis perkhawinan dia tok tatapan korg...aku nak ucapan selamat pengantin baru kat dayah...katanya dia dah 5bln dah skg ni..dapat anak saudara baru lah kita jawapnya.....hihihihi....x sabar nk timang anak dia..hihihihi.....

usik2 : agak2 macam mana rupa dayah kan bila dia prgnt ckp 9 blan?hm.......

REunion daN BerbUKa PuAsa EX students Smkyp 2005


Click to play this Smilebox scrapbook:
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Make a Smilebox scrapbook


pada 29/9/08 kfc yong peng telah digegarkan dengan pertemuan budak2 smkyp 2001-2005. pertemuan ini adalah merupakan reunion dan berbuka puasa sempena 3 tahun perpisahan mereka. ramai jugak yang menyibuk kan diri datang ke majlis tu..antaranya fati,bibik,pika,liza,ema,megat,mamat,pocong,papa,mama,ct,ain,zira dan bad..dan jurufoto yang x bertauliah iaitu rizal merupakan senior mereka.beliau lah yang mgabadikan kenagan itu di kfc tersebut. terima kasih diucapkan.walaupun tidak dijemput tapi beliau ttp menembokkan muka datang ke majlis tu..x tau lah kebetulan ke ape dia muncul di situ..allahhualam...hihihihi.by d way thnks alot lah kat jurufoto tu coz sudi ambk pic mereka walaupun x dibayar gaji..and semoga tahun ini mereka dapat berkumpul lagi untuk berbuka puasa ramai2 macam tahun lepas..tahniah kepada semua yang terlibat dalam majlis ini

usik2 : agak2 dorg ni sempat ke pergi sembayang trawih???